Connect with us

G-Shock Malaysia

APA ITU “NOS” ? “NIB” ? “ULN” ? BIASA DENGAR TAPI TIDAK TAHU?

Tips & Tutorial

APA ITU “NOS” ? “NIB” ? “ULN” ? BIASA DENGAR TAPI TIDAK TAHU?

Apabila anda mahu membeli sebiji jam g-shock original, anda mesti tahu CONDITION jam itu. Adakah jam itu baru atau dah di gunakan. Pasti kan seller yang nk jual jam itu jujur dengan anda agar anda membayar pada harga yang sepatutnya. 

Jadi, dalam jual beli jam g-shock, ade pelbagai term yang di guna kan. Salah satu term adalah term untuk menggambar kan KEADAAN JAM ITU. Adakah jam itu NOS? Adakah jam itu NIB? Adakah jam itu ULN?

Kita cerah kan apa makna term itu di bawah .

NOS = New Old Stock

NOS = NEW OLD STOCK
Jam baru yang di beli dulu tapi di simpan dan tidak pernah di pakai atau di guna kan. Ia seperti baru walau pun ia di simpan 5 tahun. Biasa nya, model-model NOS ni adalah model2 yang limited atau model yang HOT. Sebab sesetengah peminat beli jam ini adalah untuk di jual PADA MASA HADAPAN untuk dapat NILAI YANG TINGGI!

NIB = New In Box

NIB = NEW IN BOX
Jam new in box adalah jam baru atau latest model yang baru di keluar kan. So, jam ini mesti dtg dengan JAMINAN 1 TAHUN dari casio atau seller. Jika seller tidak berani beri jaminan 1 tahun, jgn beli. Jam casio g-shock ORIGINAL mesti sekurang kurangnye di jamin 1 tahun. 

ULN – Used Like New

ULN = USED LIKE NEW 
Jam yang di pakai, tapi masih cantik dan cun melecun. Keadaan itu seperti baru. Jam ini berbaloi untuk di beli juga sebab mungkin pemilik jam ini pakai sekejap sahaja dan terpaksa jual kerana memerlukan duit. 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Tips & Tutorial

Facebook

Recent

Trending

To Top