Connect with us

G-Shock Malaysia

BGA-270BP-7A Baby-G x beautiful people

Baby-G

BGA-270BP-7A Baby-G x beautiful people

Baby-G BGA-270BP-7A adalah kolaborasi dengan jenama fesyen terkenal Jepun, Beautiful People (bergaya sebagai “orang cantik”). Jam tangan edisi terhad ini mendapat keluaran luas di seluruh Asia. (Ia juga dijanka akan dikeluarkan di Eropah.)

Jam tangan ini berwarna hampir semua putih dengan dail kebiruan, jarum jam hijau, dan logo “beautiful people”. Skema warna terang didasarkan pada Gypsum, dan diilhamkan oleh bahagian dalam kedai Beautiful People di Shibuya PARCO, yang berusaha untuk ekspres tekstur unik antara bukan organik dan organik. Logo itu juga terpahat pada back case keluli tahan karat dan dicetak pada kotak berjenama. Jam tangan ini juga terdapat di Jepun pada laman beautiful-people.jp dan butik Beautiful People.

BGA-270BP-7A tahan kejutan dan tahan air hingga 100 meter. Ciri lain termasuk waktu dunia, jam randik 1/100 saat, pemasa undur (maksimum 24 jam), 5 penggera harian dengan 1 penggera tunda, dan lampu belakang LED.

Beautiful People ditubuhkan pada tahun 2007 oleh pereka Hidenori Kumakiri, yang sebelumnya merupakan pembuat corak untuk Comme Des Garçons Homme. Kumakiri menghasil reka bentuknya seperti seorang seniman sejati, mencari keindahan dalam persamaan antara idea yang menentang dan hidup dengan moto “Semuanya indah.”

Label ini terkenal dengan koleksi inovatifnya, seperti Kids Line yang boleh dipakai oleh kanak-kanak dan orang dewasa, dan reka bentuk “Side C”, dimana lapisan boleh dipakai dengan pelbagai cara. Sejak 2017, Beautiful People telah menjadi sebahagian daripada kalendar rasmi di Paris Fashion Week. Selain kedai dan peruncitnya di Jepun, jenama ini juga dijual oleh peruncit luar negera di Kanada, Taiwan, Korea Selatan, China, dan Amerika Syarikat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Baby-G

Facebook

Recent

Trending

To Top